Friday, June 29, 2012

2 tahun seorang guru



Sudah hampir 2 tahun aku jadi seorang guru. hmmm... apabila dah 2 tahun jadi guru nih banyak benda yang aku belajar... Tahun lepas aku jadi guru tingkatan... tahun nih, aku jadi guru SPBT... Tahun ini pula ada PBS atau pentaksiran berasaskan sekolah... wowwww banyak kerja... sistem perfailan yang merumitkan kepala... tapi benda-benda ini sebenarnya boleh belajar, betul tak?? Lama-lama biasalah...

PBS nih sebenarnya bagus juga untuk pelajar dan ada faedah juga untuk guru bila difikirkan balik... cuba fikir... PBS nih boleh mengajar pelajar erti belajar yang sebenar dan tidaklah berasaskan kepada peperiksaan sahaja. Walaupun beban kerja guru semakin bertambah, sedikit sebanyak PBS menjadikan pelajar menghormati guru kerana markah semuanya di tangan guru... Jadi masalah pelajar yang kurang ajar tu bolehlah dikurangkan.

Tetapi PBS nih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Maklumlah baru kali pertama dilaksanakan. Banyaklah kesilapan yang sering dilakukan... Walau apapun aku akan laksanakan tugas sebagai seorang guru dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment