Loading...

Thursday, May 15, 2014

Selamat Hari Guru 2014 (sajak khas utk sahabatku dan guruku)

2014,
Tahun ke 4 aku seorang guru,
Tahun yang penuh dengan aktiviti,
Robotik,
Inovasi Sains,
Jangan dilupa tahun aku mengajar kelas peperiksaan,

2010-2013,
Tahun aku menjadi seorang guru yag matang,
Mengajar ku erti kepahitan,
Dari kepahitan memberiku pengalaman berharga,

2006-2010,
Tahun aku menimba ilmu,
UPSI tempatku mencari ilmu,
Ilmu melengkapkan diri menjadi seorang guru berwibawa,
Bersama sahabat-sahabat perjuangan tanpa kenal erti penat,
SELAMAT HARI GURU SAHABAT.

2005-2006,
Matrikulasi Pahang,
Ku melangkah berat kakiku,
Menghadapi cabaran depan,
Apa harus aku lakukan,

2000-2004,
Wah! SMKa Naim Lilbanat,
Guru-guru yang ku sanjungi,
Mengajar penuh bersemangat,
Terima kasih cikgu,
Akhirnya aku dapat apa yang ku impikan,

1994-1999,
SK Telkong
Pertama kali ku melangkah ke alam persekolahan,
Wahh sekolah,
Wahh takutnya dgn cikgu,
Wahh kena buat kerja sekolah,
Terima kasih cikgu,
Mengajarku ABC dan 123,

SELAMAT HARI GURU


Tuesday, November 19, 2013

Pengorbanan seorang guru

Luahan hati seorang guru... Ramai individu mengatakan yang guru ni kerja dia senang. Cuti pun banyak. Tetapi ketahuilah pengorbanan seorang guru memang banyak. Pelajar sakit, gurulah doktornya. Latihan sukan pelajar gurulah jurulatihnya. Keselamatan pelajar semasa pertandingan gurulah pak guardnya dan sebagainya lagi. Baru-baru ini ada satu page suarainsan kalu tak silap la, seorang guru yang membawa 3 orang pelajar untuk latihan sepak takraw mengalami kemalangan dan guru dipersalahkan sehingga naik turun mahkamah walaupun sudah ada surat kebenaran daripada ibu bapa. Jadi apa fungsinya surat tu kalau tak layak langsung untuk digunakan. Sekarang isu SPPBS yang lembab menyebabkan ramai golongan guru yang terpaksa bangun tiga empat pagi untuk key in. Tapi nasib baik la SPPBS masih lagi dibuka pada tahun hadapan. Lega rasanya bila dengar pengumuman tu. Aku pun duk pening kepala. Walauapapun cabaran yang mendatang, kita sebagai seorang guru mesti tabah dan sabar kerana sabar itu sebahagian daripada iman. Berkat kesabaran akan mendapat ganjaran yang lumayan daripada Allah SWT.

Tuesday, November 12, 2013

CPD oh CPD

Assalamualaikum semua dan salam 1 Malaysia semua... sekarang nih admin tengah berkursus di sungai petani... kursus ni secara ringkasnya kita panggil cpd atau nama panjangnya kursus pembangunan profesional berterusan... mmm banyak la juga input input yang admin dapat... admin harap admin dapat mengubah diri admin sebagai seorang guru yang dapat melahirkan seorang modal insan yang berjaya... ceewahhh... ayat tak boleh blah beb... ok lah nak sambung kursus... hukhukhuk... 

Monday, November 4, 2013

status updating

Lama betul aku tak update blog... maklumlah tak ingat password... heheh... lagi pun laptop rosak... jadi belilah android... sebab itu lama tak update blog nih... uhmmm tahun nih aku jadi cikgu fizik form 4 sebab kekurangan guru... kalau ada guru mesti sekolah aku tak bagi aku jadi cikgu fzik...well redha jer lah... semuanya Allah dah rancang...apa-apapun aku akan selalu update blog nih nanti... stay tune ye blogger...

Saturday, October 6, 2012

Tajuk : Kereta Saya (KARANGAN DARJAH SATU)

My Mr. Manja
Tajuk karangan hari ini adalah kereta saya. Bulan lepas dah genap setahun Mr. Manja berada di sisiku. nak beli kereta nih punya la susah. kena kumpul duit berbulan-bulan. siap bergaduh nga x  bf aku lg... sbb dia x bg aku beli kereta... perghhhh... tapi akhirnya aku beli jgk... perasaannya yer???? meme best dan gempak giler rasa... rasa puas hati sebab aku dapat beli kereta dengan duit sendiri... memang puas hati...sekarang nih kereta saya ada kat kampung... bagi mak bawa dulu... hehe... apapun MR. Manja behave yourself ok... PKG3897... i miss u a lot... tunggu saya balik kg luh yer...

Sunday, September 23, 2012

Sukan Tahunan 2012...


Assalamualaikum semua... gambar nih kalu tak silap bulan 7 kot... well... cikgu x banyak amik gambar pelajar kerana masa tuh hujan lebat.. jadi banyak lah gmbar cikgu.. hehe... dan saya juga menjadi pengadil untuk upacara larian... jadi, tak sempat nak amik gambar... walaupun sukan tahun nih dalam hujan pelajar tetap bersemangat untuk bersukan.. majulah sukan untuk negara... pelajar beginilah kita nak tgk.. betul tak.. walau trek basah masa tuh masih lagi meneruskan larian dan guru juga turut sama menyokong pelajar walaupun dalam hujan... sebab itulah saya suka jadi seorang guru...

sesampainya di stadium bandaraya pulau pinang.. masa nih hujan teruk

menunggu hujan reda... snap gmbr jap

1 2 3 lompat...

menunggu hujan reda... makan dulu

kami berempat bukan berlima yer...

sesudah habisnya upacara

Jom makan di Nurul Ikan Bakar


Assalamualaikum semua... wahhh kali nie bukan nak citer pasal sekolah.. tapi citer pasal tempat makan.. orang kata kat sini sedap.. uhmmm bila saya cuba makan kat sini ok lah.. sedak dvan saya bagi 4.5 bintang... xtau la plak kawan-kawan saya bagi berapa bintang...kami order ikan bakar... ikan bakar dia ada rasa pedas sikit.. tomyam dia pekat... boleh tahan... sotong goreng dia sedak cicah plak dengan dia punya sos... perhhh... memang best... hehe... aktiviti makan-makan nih lepas habis waktu kerja... kami terus pergi makan... sempena menyambut hari lahir rakan sekerja... kalau org tanya dah makan kat sini ke belum... saya dah makan...selamat mencuba...


oooo... kat sini rupanya nurul ikan bakar...jom kita cuba

kami tengah memilih makanan.. byk sgt sampai xtau nak makan yang mana

Suasana kat restoren nurul ikan bakar

satay pom ada juga

makanan yang kami order

selepas makan... urkkkk... kenyangnya...


Friday, September 21, 2012

Teacher's Day

walaupun simple... tapi gembira sbb meraikannya jgk... hehe
dgn senior kat sekolah.. kak sufiah

Cikgu alisa nga cikgu Asmah yang tetap maintain cun

Assalamualaikum semua... hehe.. gambar yang diatas nih dah berkurun dah duk dalam laptop aku... sambut bulan 5 ari tuh...lambat sikit masukkan dalam blog.. maklumlah busy sangat kat sekolah sampai tak sempat nak update blog... walaupun perayaan guru tahun nie amat simple.. saya rasa masih lagi gembira dan bersyukur kerana masih lagi menyambut perayaan guru... walaupun bebanan kerja guru semakin bertambah dengan sistem yang baru sperti PBS, 1 Murid 1 Sukan dan macam-macam lagi, tapi saya masih lagi gembira kerana cabaran-cabaran seperti inilah membuatkan aku teruja untuk menjadi seorang guru... Apapun teruskan perjuangan anda cikgu hatena.. fighting ohh...(^_^)
            
          


Friday, June 29, 2012

2 tahun seorang guru



Sudah hampir 2 tahun aku jadi seorang guru. hmmm... apabila dah 2 tahun jadi guru nih banyak benda yang aku belajar... Tahun lepas aku jadi guru tingkatan... tahun nih, aku jadi guru SPBT... Tahun ini pula ada PBS atau pentaksiran berasaskan sekolah... wowwww banyak kerja... sistem perfailan yang merumitkan kepala... tapi benda-benda ini sebenarnya boleh belajar, betul tak?? Lama-lama biasalah...

PBS nih sebenarnya bagus juga untuk pelajar dan ada faedah juga untuk guru bila difikirkan balik... cuba fikir... PBS nih boleh mengajar pelajar erti belajar yang sebenar dan tidaklah berasaskan kepada peperiksaan sahaja. Walaupun beban kerja guru semakin bertambah, sedikit sebanyak PBS menjadikan pelajar menghormati guru kerana markah semuanya di tangan guru... Jadi masalah pelajar yang kurang ajar tu bolehlah dikurangkan.

Tetapi PBS nih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Maklumlah baru kali pertama dilaksanakan. Banyaklah kesilapan yang sering dilakukan... Walau apapun aku akan laksanakan tugas sebagai seorang guru dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. InsyaAllah...