Saturday, October 6, 2012

Tajuk : Kereta Saya (KARANGAN DARJAH SATU)

My Mr. Manja
Tajuk karangan hari ini adalah kereta saya. Bulan lepas dah genap setahun Mr. Manja berada di sisiku. nak beli kereta nih punya la susah. kena kumpul duit berbulan-bulan. siap bergaduh nga x  bf aku lg... sbb dia x bg aku beli kereta... perghhhh... tapi akhirnya aku beli jgk... perasaannya yer???? meme best dan gempak giler rasa... rasa puas hati sebab aku dapat beli kereta dengan duit sendiri... memang puas hati...sekarang nih kereta saya ada kat kampung... bagi mak bawa dulu... hehe... apapun MR. Manja behave yourself ok... PKG3897... i miss u a lot... tunggu saya balik kg luh yer...

Sunday, September 23, 2012

Sukan Tahunan 2012...


Assalamualaikum semua... gambar nih kalu tak silap bulan 7 kot... well... cikgu x banyak amik gambar pelajar kerana masa tuh hujan lebat.. jadi banyak lah gmbar cikgu.. hehe... dan saya juga menjadi pengadil untuk upacara larian... jadi, tak sempat nak amik gambar... walaupun sukan tahun nih dalam hujan pelajar tetap bersemangat untuk bersukan.. majulah sukan untuk negara... pelajar beginilah kita nak tgk.. betul tak.. walau trek basah masa tuh masih lagi meneruskan larian dan guru juga turut sama menyokong pelajar walaupun dalam hujan... sebab itulah saya suka jadi seorang guru...

sesampainya di stadium bandaraya pulau pinang.. masa nih hujan teruk

menunggu hujan reda... snap gmbr jap

1 2 3 lompat...

menunggu hujan reda... makan dulu

kami berempat bukan berlima yer...

sesudah habisnya upacara

Jom makan di Nurul Ikan Bakar


Assalamualaikum semua... wahhh kali nie bukan nak citer pasal sekolah.. tapi citer pasal tempat makan.. orang kata kat sini sedap.. uhmmm bila saya cuba makan kat sini ok lah.. sedak dvan saya bagi 4.5 bintang... xtau la plak kawan-kawan saya bagi berapa bintang...kami order ikan bakar... ikan bakar dia ada rasa pedas sikit.. tomyam dia pekat... boleh tahan... sotong goreng dia sedak cicah plak dengan dia punya sos... perhhh... memang best... hehe... aktiviti makan-makan nih lepas habis waktu kerja... kami terus pergi makan... sempena menyambut hari lahir rakan sekerja... kalau org tanya dah makan kat sini ke belum... saya dah makan...selamat mencuba...


oooo... kat sini rupanya nurul ikan bakar...jom kita cuba

kami tengah memilih makanan.. byk sgt sampai xtau nak makan yang mana

Suasana kat restoren nurul ikan bakar

satay pom ada juga

makanan yang kami order

selepas makan... urkkkk... kenyangnya...


Friday, September 21, 2012

Teacher's Day

walaupun simple... tapi gembira sbb meraikannya jgk... hehe
dgn senior kat sekolah.. kak sufiah

Cikgu alisa nga cikgu Asmah yang tetap maintain cun

Assalamualaikum semua... hehe.. gambar yang diatas nih dah berkurun dah duk dalam laptop aku... sambut bulan 5 ari tuh...lambat sikit masukkan dalam blog.. maklumlah busy sangat kat sekolah sampai tak sempat nak update blog... walaupun perayaan guru tahun nie amat simple.. saya rasa masih lagi gembira dan bersyukur kerana masih lagi menyambut perayaan guru... walaupun bebanan kerja guru semakin bertambah dengan sistem yang baru sperti PBS, 1 Murid 1 Sukan dan macam-macam lagi, tapi saya masih lagi gembira kerana cabaran-cabaran seperti inilah membuatkan aku teruja untuk menjadi seorang guru... Apapun teruskan perjuangan anda cikgu hatena.. fighting ohh...(^_^)
            
          


Friday, June 29, 2012

2 tahun seorang guru



Sudah hampir 2 tahun aku jadi seorang guru. hmmm... apabila dah 2 tahun jadi guru nih banyak benda yang aku belajar... Tahun lepas aku jadi guru tingkatan... tahun nih, aku jadi guru SPBT... Tahun ini pula ada PBS atau pentaksiran berasaskan sekolah... wowwww banyak kerja... sistem perfailan yang merumitkan kepala... tapi benda-benda ini sebenarnya boleh belajar, betul tak?? Lama-lama biasalah...

PBS nih sebenarnya bagus juga untuk pelajar dan ada faedah juga untuk guru bila difikirkan balik... cuba fikir... PBS nih boleh mengajar pelajar erti belajar yang sebenar dan tidaklah berasaskan kepada peperiksaan sahaja. Walaupun beban kerja guru semakin bertambah, sedikit sebanyak PBS menjadikan pelajar menghormati guru kerana markah semuanya di tangan guru... Jadi masalah pelajar yang kurang ajar tu bolehlah dikurangkan.

Tetapi PBS nih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Maklumlah baru kali pertama dilaksanakan. Banyaklah kesilapan yang sering dilakukan... Walau apapun aku akan laksanakan tugas sebagai seorang guru dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. InsyaAllah...

Tuesday, February 28, 2012

Jamuan Akhir tahun 1P2 2011...


with cheng imm, jing yuan and kah kei...
secret recipe.. nyum-nyum...
with kher shin...
peace to the camera....
hehe... laugh all you want...

cute x aku dengan murid-murid aku : chia hooi, yee theng, jia min dan fang xin
budak-budak nih nyibuk jah... hehe...
with jia min
with yee theng
the best photo ever... hehe


Ini adalah jamuan yang kami buat secara haram... kuang2... pihak sekolah tak bagi... tapi aku buat jugak... huahuahuahua.... akulah vikgu yang jahat itu... tapi yang penting semua pelajar aku happy dan kami ada kenangan bersama... tahun nih aku dah tak jadi guru tingkatan... dan i am very greatfull for this wonderful moment with all of you... i miss you all... hehehe

Tuesday, February 21, 2012

Cinta ini memerlukan kita untuk memilih???



Mengapa cinta sangat menyusahkan... kenapa kita wanita tidak dapat jadi pemilih???? Adakah kita kena mendaftar dahulu seperti mengundi... Kisah cinta aku sekarang ini sangat merumitkan... Aku tidak sanggup untuk menghancurkan kedua-dua hati insan yang bernama seorang lelaki... Aku ini memilih ke??? Kadang-kadang terdetik di dalam hati aku persoalan-persoalan.... Aku dah buat istikharah... Tapi kenapa aku tidak dapat lagi petunjuk... Ya Allah, Engkau bagilah aku petunjuk... Aku nih jahat sangat ke haa... Kenapa aku dah pandai sakitkan hati orang... Dulu orang yang sakitkan hati aku... Sekarang aku pula yang sakitkan hati orang... Boleh ke aku pilih dua-dua... Ya Allah... aku tak sanggup untuk sakitkan kedua-dua hati... Bantulah hambu mu ini... Ya Allah...Aku tak mampu Ya Allah... Jika Engkau sudah tetapkan jodoh aku, berikanlah aku petunjuk Ya Allah...

Makanan Kegemaran Aku yang Ada Di Kelantan

Mari kita cuba buat nasi dagang... nasi dagang mak saya buat meme sedak....


Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )

  • 2 cawan beras nasi dagang
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu teh halba
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Satukan kedua - dua beras,rendam lebih kurang 5 - 6 jam. Toskan.
  2. Rendamkan juga halba untuk seketika saja.
  3. Sementara tu bolehlah kukuskan beras tadi sehingga separuh masak.
  4. Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  5. Perasakan santan dengan garam dan gula. Masukkan bahan - bahan yang di hiris tadi dan juga halba ke dalam santan.
  6. masukkan beras separuh masak tadi ke dalam bekas dan curahkan santan tadi dan gaulkan sehingga benar - benar sebati.
  7. Masukkan beras tersebut lagi sekali ke dalam periuk kukusan dan kukus sehingga nasi masak.
  8. Sedia di nikmati bersama dengan gulai kuning ikan tongkol.