Luahan hati seorang guru... Ramai individu mengatakan yang guru ni kerja dia senang. Cuti pun banyak. Tetapi ketahuilah pengorbanan seorang guru memang banyak. Pelajar sakit, gurulah doktornya. Latihan sukan pelajar gurulah jurulatihnya. Keselamatan pelajar semasa pertandingan gurulah pak guardnya dan sebagainya lagi. Baru-baru ini ada satu page suarainsan kalu tak silap la, seorang guru yang membawa 3 orang pelajar untuk latihan sepak takraw mengalami kemalangan dan guru dipersalahkan sehingga naik turun mahkamah walaupun sudah ada surat kebenaran daripada ibu bapa. Jadi apa fungsinya surat tu kalau tak layak langsung untuk digunakan. Sekarang isu SPPBS yang lembab menyebabkan ramai golongan guru yang terpaksa bangun tiga empat pagi untuk key in. Tapi nasib baik la SPPBS masih lagi dibuka pada tahun hadapan. Lega rasanya bila dengar pengumuman tu. Aku pun duk pening kepala. Walauapapun cabaran yang mendatang, kita sebagai seorang guru mesti tabah dan sabar kerana sabar itu sebahagian daripada iman. Berkat kesabaran akan mendapat ganjaran yang lumayan daripada Allah SWT.
Jual Sepatu Murah
6 years ago