Tuesday, November 19, 2013

Pengorbanan seorang guru

Luahan hati seorang guru... Ramai individu mengatakan yang guru ni kerja dia senang. Cuti pun banyak. Tetapi ketahuilah pengorbanan seorang guru memang banyak. Pelajar sakit, gurulah doktornya. Latihan sukan pelajar gurulah jurulatihnya. Keselamatan pelajar semasa pertandingan gurulah pak guardnya dan sebagainya lagi. Baru-baru ini ada satu page suarainsan kalu tak silap la, seorang guru yang membawa 3 orang pelajar untuk latihan sepak takraw mengalami kemalangan dan guru dipersalahkan sehingga naik turun mahkamah walaupun sudah ada surat kebenaran daripada ibu bapa. Jadi apa fungsinya surat tu kalau tak layak langsung untuk digunakan. Sekarang isu SPPBS yang lembab menyebabkan ramai golongan guru yang terpaksa bangun tiga empat pagi untuk key in. Tapi nasib baik la SPPBS masih lagi dibuka pada tahun hadapan. Lega rasanya bila dengar pengumuman tu. Aku pun duk pening kepala. Walauapapun cabaran yang mendatang, kita sebagai seorang guru mesti tabah dan sabar kerana sabar itu sebahagian daripada iman. Berkat kesabaran akan mendapat ganjaran yang lumayan daripada Allah SWT.

Tuesday, November 12, 2013

CPD oh CPD

Assalamualaikum semua dan salam 1 Malaysia semua... sekarang nih admin tengah berkursus di sungai petani... kursus ni secara ringkasnya kita panggil cpd atau nama panjangnya kursus pembangunan profesional berterusan... mmm banyak la juga input input yang admin dapat... admin harap admin dapat mengubah diri admin sebagai seorang guru yang dapat melahirkan seorang modal insan yang berjaya... ceewahhh... ayat tak boleh blah beb... ok lah nak sambung kursus... hukhukhuk... 

Monday, November 4, 2013

status updating

Lama betul aku tak update blog... maklumlah tak ingat password... heheh... lagi pun laptop rosak... jadi belilah android... sebab itu lama tak update blog nih... uhmmm tahun nih aku jadi cikgu fizik form 4 sebab kekurangan guru... kalau ada guru mesti sekolah aku tak bagi aku jadi cikgu fzik...well redha jer lah... semuanya Allah dah rancang...apa-apapun aku akan selalu update blog nih nanti... stay tune ye blogger...